Dr. Vida Bengang Tidak Dijemput Ke AJL31



Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dr. Vida meluahkan rasa kecewa apabila beliau dikatakan tidak dibenarkan untuk ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam semalam.

Beliau mendakwa pihak berkenaan memberikan alasan bahawa tiket untuk ke program tersebut telah habis.

Hasmiza menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak profesional apatah lagi beliau adalah bekas penaja utama anugerah itu pada tahun 2014 dan 2015.

“Sebagai bekas penaja, saya sepatutnya diberikan ruang untuk turut hadir ke AJL31 walaupun bukan sebagai penaja utama.

“Kehadiran saya merupakan salah satu bentuk sokongan kepada industri hiburan tanah air. Lagipun sebelum ini saya sudah banyak membantu merancakan semula industri dengan menaja pelbagai program hiburan,” katanya kepada Utusan Online di sini semalam.

Sumber : Utusan

Sumber Dr. Vida Bengang Tidak Dijemput Ke AJL31

Post a Comment

Previous Post Next Post