Empat Cedera, Bas Rempuh Lima Kenderaan


Empat pemandu cedera dalam satu nahas apabila dirempuh sebuah bas yang dilaporkan mengalami kerosakan brek di sini pagi ini.
Ketua polis daerah Kangar berkata bas henti-henti itu melanggar lima kenderaan lain yang berhenti di persimpangan lampu isyarat kira 7.55 pagi tadi, lapor Harian Metro.
“Kerosakan brek menyebabkan bas terbabit melanggar kereta jenis Perodua Myvi di hadapannya sebelum berlaku pelanggaran lain membabitkan sebuah lagi bas serta tiga kereta masing-masing dua Perodua Myvi dan satu Perodua Kancil.
“Ketika kejadian lampu isyarat berwarna merah dan berlaku kesesakan jalan raya beberapa kilometer akibat kemalangan itu,” kata Supt. Wari Kiew kepada akhbar itu.
Namun keempat-empat pemandu itu, yang dihantar untuk rawatan lanjut di hospital di sini, hanya mengalami kecederaan ringan.


Sumber Empat Cedera, Bas Rempuh Lima Kenderaan

Post a Comment

Previous Post Next Post