Fiza Elite tuntut Adam AF bayar hutang kad kreditnya serta bayaran edah dan mutaah

Akibat namanya hampir disenarai hitam, Fiza Elite dalam satu kenyataan di Berita Harian terpaksa memohon agar bekas suaminya itu agar membuat pembayaran kad kredit serta menuntut bayaran edah dan mutaah seperti yang dipersetujui mereka.

Fiza Elite tuntut Adam AF bayar hutang kad kreditnya serta bayaran edah dan mutaah

Fiza Elite tuntut Adam AF bayar hutang kad kreditnya serta bayaran edah dan mutaah

Ketika berpisah, Adam bersetuju untuk memberikan nafkah edah RM1,500 selama tiga bulan, selain bayaran mutaah RM3,000 yang diberikannya secara sukarela. Pelbagai ayat manis yang dijanjikan, tetapi semuanya tinggal janji”

“Transaksi kad kredit itu dilakukan sepanjang kami hidup bersama. Saya mempunyai bukti bertulis termasuk perbualan kami di aplikasi WhatsApp selain penyata kad kredit. Hanya 6 kali Adam melunaskan pembayaran dan kali terakhir pada November tahun lalu,” jelas Fiza.

Berikutan tindakan Adam yang tidak melunaskan bayaran tersebut, nama Fiza hampir disenarai hitam dan ketika ini, kekasih baru pelakon ini pula yang membantu menyelesaikan hutang tertunggak.

“Saya pernah terbaca, percubaannya sebagai pengusaha sabun menjadi, tetapi kenapa begitu liat untuk membayar hutang? Adam sering memperlihatkan imej “alim” tetapi apa yang dilakukannya bertentangan”

“Selama menjadi isterinya, saya sering dituduh jahat dan cuba mengikis duitnya. Bukan mahu memburukkannya, tetapi ketika berkahwin dulu, Adam tidak mengeluarkan wang sesen pun,” kongsinya lagi.

Bagaimanapun, melalui luahan hati Fiza Elite ini, semoga semua perkara yang masih tertunggak mampu diselesaikan dengan cara baik dan mungkin juga Adam mempunyai jawapan sendiri terhadap apa yang terjadi.

 

Sumber: Roti Kaya



Sumber Fiza Elite tuntut Adam AF bayar hutang kad kreditnya serta bayaran edah dan mutaah

Post a Comment

Previous Post Next Post