Gambar Awek Cun Masak Asam Pedas Jadi Tular


KECOH di media sosial mengenai kecantikan seorang wanita yang menjadi tukang masak di sebuah kedai makan yang menyediakan masakan ala kampung di Johor Bahru.

Wanita yang dikenali sebagai Razlinda Rohaizad itu menjadi bualan hangat netizen kerana kepakarannya memasak asam pedas sehingga kedai makanan tersebut mendapat perhatian.

Menerusi perkongsian Facebook, Saya Orang Johor telah memuat naik dua keping gambar Razlinda dan makanan yang disediakan di kedai berkenaan yang terletak di Jalan Kemboja, Kampung Dato Sulaiman Menteri.
Gambar Awek Cun Masak Asam Pedas Jadi Tular
Nyata, perkongsian gambar wanita yang memiliki rupa paras yang cantik itu di laman sosial memberikan impak kepada peniagaan dan semakin dikenali.
Media tempatan melaporkan, pemilik kedai makanan itu yang dikenali sebagai Dapur Kak Poo, Faizal Musa Kuti, 32 berkata, perkongsian gambar rakannya itu bukan berniat untuk ‘menjual’ paras rupa Razlinda.
Menurutnya, mereka mendapatkan khidmat Razlinda kerana masakan asam pedasnya memang enak dan semenjak gambar rakannya itu menjadi tular di media sosial, ramai pelanggan yang datang untuk mencuba masakan itu dan melihatnya memasak.
“Ramai yang datang mencuba masakan asam pedam tetapi tiada seorang pun mengganggunya,” katanya.
Difahamkan, Razlinda yang masih bujang buat masa ini sedang berusaha untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.


Sumber Gambar Awek Cun Masak Asam Pedas Jadi Tular

Post a Comment

Previous Post Next Post