Guru comel jadi tarikan baru ke sekolah “Guru-guru kini memang digalakkan mempunyai penampilan menarik di sekolah” | TIADA siapa yang menyangka profesion seorang guru ini boleh menjadi satu perkara yang tular di Malaysia.
Semuanya bermula apabila guru-guru yang comel dan manis ini ditularkan di media sosial hinggakan ada bapa-bapa menjadi rajin menghantar anak ke sekolah malah.
Fenomena guru-guru yang manis dan comel yang menjadi idaman anak murid bukanlah satu situasi yang baru di Malaysia bagaimanapun dengan perubahan zaman di mana media sosial punyai pengaruh yang kuat membuka mata orang ramai mengenai kewujudan mereka.
Mengambil dari sudut pandang yang positif, dengan adanya guru-guru ini boleh dijadikan tarikan untuk anak murid lebih bersemangat hadir ke sekolah.
Pensyarah Akademik, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Rashinawati Abd Rashid berkata guru-guru kini memang digalakkan mempunyai penampilan yang menarik di sekolah.
“Tidak dinafikan memang ramai guru comel sekarang ini serta mereka juga turut disarankan untuk menjaga penampilan sebagai seorang tenaga pengajar.
“Bila cikgu-cikgu pakai cantik, para pelajar pun akan suka dan sedikit sebanyak kita pun akan rasa yakin bila mengajar,”katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Tambahnya lagi, guru-guru kini juga lebih kreatif dalam menjaga penampilan apabila ke sekolah.
“Kita disajikan dengan pelbagai gaya pakaian dan lilitan tudung, jadi cikgu-cikgu dapat lebih berdaya kreatif bila ke sekolah.
“Selain itu,guru-guru juga turut ditekankan gaya berpakaian yang sesuai sewaktu ke sekolah, berperwatakan menarik serta mempunyai kemahiran ‘soft skill’ untuk menarik minat pelajar,” katanya lagi.
Sumber: Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW