‘Hai… Saya Tukang Sapu UiTM’ Sekelip mata lelaki ini jadi viral lepas update status rutin hariannya sebagai tukang sapu di UiTM Segamat

SEORANG lelaki dalam sekelip mata popular selepas status gambar dimuat naik di laman sosial mengenai rutin sehariannya sebagai tukang sapu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat tersebar menjadi tular.

‘Hai… Saya Tukang Sapu UiTM’ Sekelip mata lelaki ini jadi viral lepas update status rutin hariannya sebagai tukang sapu di UiTM Segamat

‘Hai… Saya Tukang Sapu UiTM’ Sekelip mata lelaki ini jadi viral lepas update status rutin hariannya sebagai tukang sapu di UiTM Segamat

Status Dinie Shazwi menarik perhatian ramai gara-gara netizen tersentuh hati dengan luahannya yang bercita-cita mahu sama-sama berjaya seperti penuntut lain suatu hari nanti.

Selain itu, sikapnya yang peramah memperkenalkan dirinya sebagai tukang sapu tanpa rasa malu membuatkan sesiapa yang membaca ingin mengenalinya.

Pendek kata, statusnya yang mesra dan bersahaja itu membuatkan netizen senang dengan dirinya.

'Hai... Saya Tukang Sapu UITM Segamat' - Status Lelaki Ini Viral

unnamed (3)

unnamed (1)

unnamed

Difahamkan, selepas kisah Dinie menjadi tular, ramai yang ingin berkawan dengannya. Malah, ada yang turut memberi sedekah makanan kepada. Wah… cayalah student UITM!

'Hai... Saya Tukang Sapu UITM Segamat' - Status Lelaki Ini Viral

Sementara itu, pelajar-pelajar yang mengenali Dinie turut mengakui lelaki ni memang tidak lokek dengan senyuman.

Sedikit maklumat mengenai Dinie, dia berasal dari Kedah dan sudah mempunyai seorang cahaya mata.

Menerusi maklumat di laman Facebook, Dinie difahamkan pernah belajar jurusan elektrikal di Institut Latihan Perindustrian Jitra (ILP Jitra), Kedah.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber ‘Hai… Saya Tukang Sapu UiTM’ Sekelip mata lelaki ini jadi viral lepas update status rutin hariannya sebagai tukang sapu di UiTM Segamat

Post a Comment

Previous Post Next Post