Hati-hati beli barang dengan Kad Debit, transaksi ERROR tapi tak sedar duit dah ditolak RM900 lebih! | Transaction status: ERROR
Malam tadi ada customer buat pembelian di farmasi menggunakan Debit kad.
Cubaan pertama, ERROR
Cubaan kedua, ERROR
Lalu staff beritahu, tak boleh buat transaksi.
Customer cakap, cuba try lagi. Sebab dia baru guna di ECONSAVE, boleh guna.
Staff pun cuba lagi. Tetap ERROR. Customer minta try lagi sehingga 5 kali. Kali ke enam, staff menolak untuk cuba dengan kad yang sama.
Customer check akaun cimb beliau. Dilihatnya, duit dari akaun beliau telah ditolak sebanyak rm900++.
Maka, customer meminta supaya staff kami memulangkan semula duit beliau. Staff mengambil langkah bijak untuk bertanya kepada boss dulu.
Bila buat settlement pada terminal, tiada rekod untuk transaksi tadi. Maka mengamuklah customer tersebut suami isteri. Bertegas agar kami memulangkan semula duit mereka.
Keadaan agak tegang. Dah lah, ramai pula customer waktu itu. Kami minta customer tersebut duduk untuk settlekan masalah ini.
Cut story short, lepas panggilan dibuat ke pihak bank dan pihak terminal mesin kad, akhirnya customer akur. Duit tersebut memang telah keluar dari akaun beliau, tapi tidak masuk ke akaun kami. Duit tersebut terapung/float. Pihak bank kata akan refund semula dalam masa 15 hari.
Kesian customer tersebut, duit tu nak.pakai untuk anak2 masuk sekolah katanya. Kami pun xdapat nak buat apa2. Transaksi sebelum ni dengan customer lain, tiada masalah pun. Tapi kami berikan janji kami, jika duit tersebut masuk ke akaun kami, kami akan refund kepada beliau secepat mungkin.
Moral of the story, jika anda menggunakan kad debit dimana2 dan transaksi error, sila check baki akaun anda. Jika ada penolakan, jangan try lagi. ERROR x bermaksud transaksi tersebut berjaya tau.
Sumber: Persatuan Mak Cik puaka
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW