Tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi peringatan kepada penjawat awam agar tidak menafikan “hak rakyat”, kata Datuk Seri Najib Razak.
SPRM minggu lalu menahan ketua setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan dua anaknya berhubung dakwaan rasuah.
“[Kes] itu peringatan tentang ketirisan. Tindakan diambil SPRM baru-baru ini satu peringatan agar [penjawat awam] tidak mengambil hak rakyat.
“[Wang] ini hak rakyat. Apa jua kita lakukan demi rakyat. Projek-projek juga untuk rakyat.
“Nilai tambah untuk mereka,” kata perdana menteri semasa perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini pagi ini.
Sumber: Projek MMO
Sumber “Jangan ambil hak rakyat” – tegur Najib kepada penjawat awam
Tags:
tbKOR