“Jangan cari pasal, saya tidak benarkan” Noor Nabila larang Sharnaaz Ahmad berlakon adegan panas

Noor Nabila tidak membenarkan bakal suaminya Sharnaaz Ahmad untuk melakonkan babak-babak panas yang boleh menjejaskan rumah tangga mereka yang bakal dibina.

Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 33, berkata, Sharnaaz, 32, seharusnya lebih mengetahui batas-batas yang perlu dijaga sebagai seorang suami.

"Jangan cari pasal, saya tidak benarkan" Noor Nabila larang Sharnaaz Ahmad berlakon adegan panas

“Jangan cari pasal, saya tidak benarkan” Noor Nabila larang Sharnaaz Ahmad berlakon adegan panas

“Jangan cari pasal, saya tidak benarkan kalau dia berlakon babak-babak panas seperti dalam filem Hollywood tu.

“Tapi di Malaysia sekarang ramai sudah pelakon wanita bertudung dan tidak perlu babak panas untuk menimbulkan rasa romantik. Banyak sahaja drama yang mendapat perhatian tanpa melakukan adegan seperti itu.

“Pada saya dia sendiri sudah tahu batas-batas yang perlu dijaga olehnya selepas berkahwin nanti,” ujar Noor Nabila kepada mStar Online.

Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada Julai 2013, namun berpisah pada 2014.

Sharnaaz dan Noor Nabila menjawab soalan media pada majlis pengumuman tarikh perkahwinan mereka pada Isnin.

Kakak kepada pelakon Neelofa itu ditemui pada majlis sidang media pengumuman perkahwinannya dengan aktor Sharnaaz Ahmad, di Club Hoiuse, Duta Tropica di sini pada Isnin.

Pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 di kediaman wanita itu di Duta Tropika, di sini pada malam Jumaat.

Manakala majlis resepsi akan berlangsung pada 2 April di Kuala Lumpur dan 16 April di Pulau Pinang.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia menerima tajaan 90 peratus pada majlis di kampung halamannya yang bakal berlangsung di G Hotel di Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Tambahnya, dia juga sedang mempertimbangkan beberapa tawaran lain untuk menaja majlis perkahwinan mereka itu.

“Buat masa ini hanya di Pulau Pinang sahaja dan saya sedang meneliti beberapa tajaan lain juga yang bersesuaian,” ujarnya yang hanya mahukan sebuah majlis sederhana.

Ditanya tentang perasaan menanti hari bersejarah itu, Sharnaaz berkata, dia tidak boleh tidur kerana memikirkan tentang majlis tersebut.

Katanya, perkara itu sedikit sebanyak menjejaskan fokusnya terhadap kerja yang sedang dilakukan.

“Saya sangat gemuruh, risau dan takut apabila memikirkan tarikh yang semakin hampir, perasaan yang tidak tahu untuk digambarkan.

“Setiap kali malam, mata saya tidak mahu lelap dan fikir banyak benda serta tanggungjawab saya selepas ini,” ujarnya.

Jelasnya, dia akan bercuti selama sebulan bermula Mac depan untuk melakukan persiapan seterusnya berbulan madu selepas majlis berkenaan.

Dalam pada itu, ditanya tentang keistimewaan wanita itu yang memikat hatinya, Sharnaaz berkata, Nabila mempunyai ciri-ciri seorang wanita yang boleh dijadikan isteri.

“Saya lihat dia seperti emak dia yang membuatkan saya terpaut, dia juga mempunyai karakter dan stail tersendiri,” ujarnya.

Menceritakan detik pengenalan, Sharnaaz mendedahkan hubungan mereka bermula selepas Nabila meminta adiknya Neelofa untuk memperkenalkan dia dengan Sharnaaz.

Bagaimanapun, selepas setahun, baharu dia membalas salam perkenalan itu.

“Nabila minta Neelofa kenalkan dirinya kepada saya dan dia minta nombor telefon saya. Dia hantar mesej kepada saya untuk bertanya khabar tapi saya tidak balas.

“Selepas betul-betul setahun iaitu Hari Raya tahun 2015 barulah saya teringat dia pernah mesej saya, jadi saya cari balik nombor dia untuk bertanya khabar kepada dia pula. Selepas itu hubungan kami semakin rapat,” ujarnya.

Sumber: Mstar



Sumber “Jangan cari pasal, saya tidak benarkan” Noor Nabila larang Sharnaaz Ahmad berlakon adegan panas

Post a Comment

Previous Post Next Post