NEKAD… Seorang wanita bertindak agresif terhadap anggota polis selepas ‘kantoi’ tindakannya merosakkan cermin sebuah kedai di bandar Jixi, wilayah Heilongjiang, utara China diketahui polis.
Menurut sebuah portal berita antarabangsa yang memetik People’s Daily Onlinememberitahu bahawa kejadian itu berlaku pada 2 Januari lalu dan video rakaman insiden tersebut juga tersebar menjadi tular dalam kalangan netizen.
Menerusi video yang dikongsi laman Pear Video, suspek merupakan seorang wanita memandu sebuah kereta warna biru metalic dirakam merempuh kereta polis beberapa kali sebelum anggota itu membalas balik rempuhan itu.
Tidak puas hati dengan tindakan anggota polis itu, suspek bertindak keluar dari kenderaannya dan mengacukan pisau pemotong ke arah anggota tersebut.
Suspek bagaimanapun telah ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut namun punca kenapa suspek bertindak merosakkan cermin kedai tersebut tidak diketahui.
Menurut satu laporan, suspek didakwa terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan video yang tersebar telah menimbulkan pelbagai komen menerusi media sosial.
Seorang penggun laman sesawang menulis: “Itulah balasan kerana tidak mengawal panas barannya.”
Manakala seorang lagi berkata: “Dia mungkin akan ditembak oleh polis jika dia berada di Amerika Syarikat.”
Sumber: MYNEWSHUB.CC
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW