Gara-gara peminat fanatik tampil mengaku dirinya kekasih Wawa Zainal, rumah tangganya bersama Aeril Zafrel dikatakan hampir musnah. Kejadian itu bermula apabila lelaki itu menghantar mesej secara peribadi kepada Aeril sehingga menyebabkan pasangan itu bergaduh besar.
“Ada peminat hantar mesej kepada Aeril secara peribadi dan mengaku kekasih saya sehingga ia menyebabkan kami bergaduh besar kerana lelaki itu. Saya kenal dia sebagai peminat, namun saya tidak menyangka dia bertindak melampau dan bertujuan merosakkan rumah tangga kami”
“Perkara itu juga membuatkan saya diserang oleh kekasih lelaki itu yang menuduh saya pula merampas kekasihnya. Saya kenal suami saya bagaimana orangnya dan perasaan cemburu atau merajuk itu sudah tiada lagi dalam fasa sekarang,” katanya kepada m Star Online.
Kontroversi rumah tangga pasangan ini bukanlah perkara baru, sebelum ini juga ada gosip mengatakan hubungan mereka sedang bergolak kerana sikap cemburu buta Wawa. Namun menurut Wawa, mereka kini lebih memahami dan membina kepercayaan antara satu sama lain.
Apapun dalam rumah tangga apa yang penting adalah komunikasi diantara satu sama lain. Sebagai selebriti memang ada saja yang busuk hati melihat kebahagiaan orang lain. Bergaduh itu perkara biasa, biasalah lagikan lidah tergigit inikan pula hubungan suami isteri.
Sumber: Rotikaya
Sumber Kerana peminat, rumah tangga Aeril Zafrel dan Wawa Zainal hampir musnah