Pasangan selebriti popular seoul, Rain dan Kim Tae Hee dikhabarkan bakal berkahwin setelah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun.
Menurut laporan daripada All Kpop, Rain dan Kim Tae Hee dikatakan akan berkahwin pada 19 Februari ini di sebuah gereja di Seoul.
“Media dia Seoul heboh apabila pasangan Rain dan Kim Tae Hee dikatakan akan menamatkan zaman bujang masing-masing pada bulan depan.
“Mereka akan melangsungkan perkahwinan pada 19 Februari depan di sebuah gereja katolik di Seoul.
“Rain juga dilihat berkongsi sebuah kapsyen di media sosial dengan mengatakan Kim Tae Hee selalu ada di sisinya setiap masa tidak kira dalam keadaan dia susah mahupun senang,” kata sumber.
Namun khabar itu masih belum mendapat kepastian daripada Rain kerana pihak agensi kedua pasangan selebriti ini masih belum mengesahkan perkara itu.
Terdahulu, Rain menerusi sebuah kenyataan berkata, dia akan melakukan perkahwinan secara tertutup kerana ingin menghormati permintaan daripada pihak keluarga.
Sumber: Astro Gempak
Sumber Lima Tahun Bercinta, Rain & Kim Tae Hee Bakal Berkahwin