Kalau selalu kuih keria disalut dengan gula biasa, kuih yang kian ‘viral’ di media sosial ni pula disalut dengan gula Melaka!
Isinya yang lembut dan gebu bertambah sedap dimakan dengan kerak gula Melakanya yang terasa seakan-akan karamel.
Bahan-bahan:
– 500g keledek putih (direbus)
– ¾ cawan tepung gandum
– 1 sudu kecil baking powder
– ½ sudu kecil garam
– ¼ cawan air
– 150g gula melaka
– 1 sudu besar gula
Cara-cara:
1. Lenyekkan keledek.
2. Masukkan tepung, baking powder dan garam.
3. Gaul hingga menjadi doh.
4. Bentukkan menjadi kuih keria.
5. Goreng hingga perang.
6. Dalam kuali yang lain, panaskan air, gula melaka dan gula.
7. Gaul hingga pekat, dan masukkan kuih keria.
8. Teruskan mengacau hingga kering.
9. Hidang!
Sumber: Says
Sumber Mengidam? Ni ha tak payah beratur panjang dah, resipi kuih keria gula melaka paling senang dan sedap!
Tags:
tbKOR