Padah tak nak bersalam, pelakon ditumbuk sampai patah hidung

PELAKON Korea Utara, Lee Tae-gon disiasat selepas terlibat dalam sebuah pergaduhan dengan dua lelaki di sebuah restoran di Gyeonggi, Sabtu lepas.

Menurut laporan Korea Times, Tae-gon menolak pelawaan berjabat tangan dua lelaki terbabit sebelum kejadian.

Padah tak nak bersalam, pelakon ditumbuk sampai patah hidung

Padah tak nak bersalam, pelakon ditumbuk sampai patah hidung – sumber gambar dari okezone.com

Mangsa dan dua lelaki terbabit kemudian bertengkar sebelum keadaan bertukar menjadi pergaduhan fizikal.

Akibatnya, Tae-gon patah di bahagian hidung dan diramalkan mengambil masa empat minggu untuk sembuh.

Sementara itu, kedua-dua lelaki terbabit menafikan mereka memulakan pergaduhan dan mabuk ketika kejadian.

Polis masih menyiasat sama ada kedua-dua lelaki berkenaan yang yang telah memulakan pergaduhan atau mangsa cuma membela diri.

 

Sumber: MStar



Sumber Padah tak nak bersalam, pelakon ditumbuk sampai patah hidung

Post a Comment

Previous Post Next Post