Paderi Afrika Selatan rawat wanita ada masalah ketumbuhan di kemaluan dengan kasut

Sudah menjadi kebiasaan bagi dukun membuat dakwaan luar biasa mengenai kemampuan mereka merawat pesakit.

Tetapi, seorang paderi Afrika Selatan membuat kejutan lebih daripada dukun lain apabila berkata, dia berjaya memulihkan seorang wanita yang menghadapi masalah ketumbuhan di kemaluan dengan hanya menggunakan kasutnya.

Paderi Afrika Selatan rawat wanita ada masalah ketumbuhan di kemaluan dengan kasut

Paderi Afrika Selatan rawat wanita ada masalah ketumbuhan di kemaluan dengan kasut

Satu rakaman video menunjukkan paderi itu, Zendile Andries November bertanya seorang wanita mengenai ‘ketumbuhan’ itu.

Paderi gereja Victorious Faith di Afrika Selatan itu yang juga mendakwa boleh merawat pesakit AIDS dengan kekuatan doanya, kemudian dilihat menanggalkan kasutnya dan menyerahkannya kepada wanita itu. Wanita terbabit meletakkan kasut berkenaan di celah kelangkangnya.

Selepas dia ke bilik air, seorang wanita yang bersama-samanya menjerit, rakannya sudah pulih dan ia disambut dengan sorakan orang ramai di gereja di bandar Bloemfontein itu.

November kemudian memberitahu sebuah akhbar tempatan, The Times: “Wanita itu datang kepada saya dan menceritakan masalah ketumbuhan pada kemaluannya yang menyebabkan dia sukar tidur bersama suaminya.

“Kerana masalah itu berada di kemaluannya, saya menggunakan kasut.”

Dia juga memberitahu: “Saya juga merawat ramai pesakit AIDS. Sejurus selepas berdoa, saya minta mereka ke klinik terdekat dan menjalani pemeriksaan. Kebanyakannya datang semula dengan berkata, mereka sudah pulih.” – Agensi

Sumber: Metro



Sumber Paderi Afrika Selatan rawat wanita ada masalah ketumbuhan di kemaluan dengan kasut

Post a Comment

Previous Post Next Post