Pantang tengok duit dalam bank, mesti nak keluarkan? Wanita ini cara simpan duit secara paksa! | Bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk berjimat atau menabung, ia pasti memberi cabaran dalam memastikan diri ada simpanan yang kukuh setiap bulan. Lagi-lagi buat mereka yang pantang untuk melihat duit yang banyak dalam akaun bank.
Situasi seperti ini sering terjadi, apabila baru sahaja menerima gaji, atau duit bulanan, dan ada di antara kita yang terus berbelanja. Ini lebih membimbangkan, di mana kita boleh berbelanja hanya dengan menyentuh kad debit sahaja, jadi, tanpa mengetahui amaun sebenar yang ada dalam bank, kita akan terus swipe sahaja.
Namun begitu, tabiat begini amat berbahaya, kerana khuatir kita akan menghabiskan duit tanpa sedar. Tapi, bagaimana pula ingin menyimpan duit secara paksa? Saudari Norlaila Binti Ahmad. Ada caranya, yang pasti ‘memaksa’ anda untuk mempunyai simpanan yang konsisten setiap bulan. Jom kita usha sekejap, macam mana cara tersebut.
Laila saving tips
Siapa ada masalah tak boleh tengok duit dalam bank? Ada duit je nak spending je kerja. Ianya saya, semestinya saya.
Salah satu cara Laila saving ialah dengan Flexi saver Plan. Contohnya, ligat nak bayar lump sum untuk bayar road tax kereta. Cuba guna cara ini?
Laila memang tidak boleh tengok baki dalam akaun bank, mesti ada sahaja niat untuk berbelanja. Jadi, terima kasih Maybank, sebab ada cara sebegini.
Jumlah yang kita simpan dalam flexi saver plan akan appear kat dalam statement accountkita. Dekat belah atas. Jumlah tu tak appear dalam baki duit kita, cuma duit yang dia tolak on the day tu ada appear.
As long dah lepas tarikh untuk tolak duit yang kita nak contribute dalam flexi smart saver.Nanti bila dah tiba tarikh matangnya, duit tu akan masuk dalam akaun semula.
Mengikut dari potongan/simpanan yang Laila buat, RM150/bulan, jadi dapat RM1,800 untuk 12 bulan dan duit yang masuk dalam akaun ialah RM1,815.02.
* Jumlah potongan bulanan: Ikut kepada ketetapan anda
* Tempoh: Ikut kepada ketetapan anda
* Tarikh/; Ikut kepada ketetapan anda
1. Log in M2U seperti biasa
b. Setiap 30hb, setiap bulan bermula dari Disember 2015 duit akan ditolak secara automatik, rm150.
c. Pada 30 Disember 2016 duit masuk dalam akaun semula.
d. Rm150 x 12 = rm1,800.
e. Tapi yang masuk dalam akaun ialah RM1,815.02
f. Pastikan setiap 30 hb, duit dalam akaun cukup rm150 untuk ditolak.
Duit ini tak akan muncul dekat baki akaun korang, sehingga tarikh matang. Maksudnya duit tu dah depa letak tepi siap-siap. Jadi, tidak perlu risau untuk berbelanja, sebab dah tolak siap-siap dan dah asing siap-siap.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW