Pekebun berusia 69 tahun ditetak kerana dituduh tanam pisang di kebun orang lain

Seorang pekebun berumur 69 tahun parah ditetak kerana didakwa menanam pisang di kawasan kebun milik orang lain.

Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata kejadian berlaku pada pukul 8.00 pagi semalam di sebuah kedai kopi di Sepupok Niah di sini.

Pekebun berusia 69 tahun ditetak kerana dituduh tanam pisang di kebun orang lain

Pekebun berusia 69 tahun ditetak kerana dituduh tanam pisang di kebun orang lain

Beliau berkata anak mangsa berusia 41 tahun membuat laporan polis dengan mendakwa bapanya disyaki menanam pisang di kebun milik seorang lagi petani tanpa kebenaran petani tersebut.

Kebun mangsa dan suspek yang berumur 52 tahun dilapor terletak bersebelahan antara satu sama lain.

 

Khoo berkata mangsa yang cedera akibat diserang dengan parang kini dirawat di Hospital Miri sementara suspek telah ditahan. – BERNAMA

Sumber: Mynewshub



Sumber Pekebun berusia 69 tahun ditetak kerana dituduh tanam pisang di kebun orang lain

Post a Comment

Previous Post Next Post