Saya percaya tuhan tak sia-siakan orang yang tolong nak sebaq agama Allah.

Kalau kau ke TBS pada jam 6 petang dan ke atas. Kau akan jumpa dengan pakcik ni. Dia akan ada di tingkat dua, di antara laluan nak ke transit KLIA dan TBS.



Dari jauh abang perati, apa je dalam beg dia. Berdiri sorang diri dan bila orang lalu tak jemu-jemu dia beri salam.
.
Tak puas hati sebab tengok dari jauh abang pergi terus dekat dia. Wajahnya tenang, mukanya bersih, pakaian terurus. Tidak nampak seperti peminta sedekah.
.
Dengan perlahan abang menyapa,

"Assalamualaikum. Pakcik jual apa?"

"Waalaikumussalam. Saya jual buku ni. Boleh nak mai tengok. Semuanya buku-buku agama."

Tepat sekali tebakan abang. Dia bukan peminta sedekah seperti orang lain yang ada di kaki lima ini. Misteri betul jual di tengah-tengah jalan.

Tanpa berlengah. Dengan kacak abang bertanya berapa harga buku yang dijual.



Lembut dia menjawab.

"Seikhlas hati ceq la. Ikut pi nak bayaq berapa det (duit) pun.

Allahu. Terdiam. Rasa masa berhenti sekejap. Buku-buku agama ini dijual dengan bayaran seikhlas hati saja? Seumur hidup tak pernah jumpa lagi woih. Huhu.
.
Tak buang kesempatan ini. Abang terus belek kalau-kalau ada buku yang berkenan. Niat di hati nak juga beli dari pakcik istimewa ini.

Tengah belek-belek mencari buku idaman, abang tanya pakcik dah kenapa dia berniaga buku disini dengan bayaran seikhlas hati.



Seperti biasa. Tenang dia jawab,

"Saya meniaga di sini dah lama. Waktu pagi saya cari buku, sebelah petang saya akan jual. Kalau ceq tengok buku-buku ni semua buku agama.

Dan sapa-sapa nak beli buku saya akan ikut berapa yang depa mampu. Yang lalu lalang sini ramai juga dari budak-budak sekolah.

Depa pun bukan ada duit sangat. Jadi saya jual ikut kemampuan depa saja. Agar mudah-mudahan depa dapat nak faham agama."

Uish. Tinggi betul cita-citanya. Dah tu abang tanya. Untung ni ambil kat mana.

"Untung ni takat kita tengok rezki sahaja. Saya percaya tuhan tak sia-siakan orang yang tolong nak sebaq agama Allah.

Kadang tu ada yang mai depa tak ambil buku. Depa bagi duit saja. Itu pun dah boleh rotate sikit-sikit. Dan kalau ada yang bayar sikit pun dapat sikit untung.

Tujuan saya nak tolong orang kita. Saya hanya mahu orang kita rajin membaca dan tolong sebaq agama Islam. Orang nak kata apa pun saya tak peduli. Ada yang pandang sinis. Tak kurang juga yang kata saya tak siuman.

Tak apa saya pegang janji tuhan. Tuhan tau usaha saya untuk bantu agama dengan cara saya."

Ah, terang lebar dia cerita. Mata abang dah mula masuk habuk dan berkaca.

Rupanya masih ada orang yang macam ni. Mahu didik orang membaca dan sebar agama secara tidak sengaja.

Betul apa yang orang tua-tua dulu cakap cakap, hati jika mahu berbudi kemana mana pun dia akan terus sudi. Allahu.

Selepas memilih buku idaman. (Kau tengok gambar di bawah) dan membuat sedikit bayaran "seikhlas hati" abang tinggalkan pakcik Ali.

Sebelum tinggalkannya. Sempat lagi dia berpesan, orang membaca selamanya tidak akan rugi. Memberilah selagi ada.

Dengar kisah Pakcik Ali ni baru sedar. Rupanya dia dunia ini kita masih belum kehilangan orang yang sentiasa positif untuk terus memberi.

Mereka percaya dengan banyak memberi kelak mereka juga akan menerima.

Saja abang nak pesan. Kalau kau orang ada peluang lalu di sini dan berjumpa dengannya beri dia semangat. Belilah buku-buku darinya.

Dia bukan peminta sedekah seperti yang kau sangka. Kadang tu kau hulur RM 1 pun dia akan kasi juga satu buku.

Bab bayaran terserah kepada kau. Cuma pada abang dengan membeli, sedikit sebanyak kau dah beri harapan dan semangat pada dia. Bahawa masih ada orang yang ada minat untuk membaca.

Niat kan juga. Mudah-mudahan dengan membeli kau dapat bantu realisasikan cita citanya menolong anak bangsa.

Saja abang tulis agar kau orang tahu keberadaan dia di sana. Jika tak sempat ke sana, setidaknya dengan share post ini kau sudah bantu usaha baiknya. Walau usia sudah menjengah senja semangatnya masih tetap muda.

Semoga Allah rahmati usaha Pakcik Ali. Yang menyebar agama dan ilmu Allah dengan caranya. Terus menyokong!

Arif Sukri
Dah beli buku tapi mata masih berkaca-kaca.

Post a Comment

Previous Post Next Post