KUALA LUMPUR : Sungguh tragis apa yang berlaku sangkaan awal hanya pemandu lori sahaja yang maut rentung apabila lori dipandu mangsa terlibat kemalangan,cerucuk konkrit menghempap kepala lori lalu terbakar.
Selepas megalihkan cerucuk konkrit terdapat seorang lagi mangsa disahkan rentung di dalam treler muatan cerucuk konkrit yang terbabas dan terbakar di Kilometer 8.8, Hentian Beranang Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), dekat sini hari ini.
Jurucakap bomba memberitahu, mangsa merupakan seorang wanita ditemukan rentung ketika operasi mengangkat muatan cerucuk konkrit dilakukan bagi mengeluarkan pemandu.
“Kren tiba di lokasi kira-kira pukul 1.57 petang dan telah mengangkat sebahagian daripada muatan yang menghempap kepala treler berkenaan.
“Kita mendapati terdapat dua mangsa iaitu Molok Zainal, 52 tahun yang juga pemandu dan seorang wanita yang belum diketahui identitinya.
Mangsa pertama dikeluarkan kira-kira pukul 4.20 petang manakala seorang lagi dikeluarkan kira-kira pukul 4.40 petang. Al fatihah
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
CeritaGempaq