Pelakon, Sharifah Sakinah, tidak mahu membebankan diri dengan terlalu memikirkan ujian dilalui sepanjang tempoh kehamilannya.
Ekoran itu, Sakinah menyifatkan tiada sebarang masalah serius berlaku selama enam bulan kehamilan, kecuali berdepan masalah kulit muka yang serius, baru-baru ini.
“Alhamdulillah, saya belum berdepan situasi yang luar biasa. Cuma, kulit wajah saya yang bermasalah sehingga naik jerawat.
“Bagaimanapun, saya mengambil langkah untuk lebih tenang dan santai dalam melalui tempoh kehamilan ini. Seperti kakak saya, Sharifah Shahirah, walaupun sudah memiliki lima anak, dia sentiasa tenang dalam apa juga situasi,” katanya kepada BH Online.
Sakinah dijangka melahirkan bayi sulung perempuan pada Mei depan.
Sakinah berkata, beliau banyak menghabiskan masanya dengan berehat di rumah, selain bersenam setiap hari.
“Cuma saya tidak melakukan senaman berat seperti sebelum ini, sebaliknya lebih fokus pada pilates,” tuturnya.
Sakinah mendirikan rumah tangga dengan jurulatih kecergasan, Aliff Adha, pada Mac 2015.
Sumber: Bharian
Sumber Sedang hamil 6 bulan, Sharifah Sakinah alami masalah kulit muka yang teruk