Suka tahan lapar dan skip breakfast, lelaki ni ingatkan sakit perut biasa rupanya…

Kita semua dambakan bentuk badan yang menarik sehingga kan sanggup berlapar dan mengamalkan gaya pemakanan yang tak betul. Ada juga tahan makan kerana itu merupakan satu tabiat atau ‘habit’. Anda kena sedar, perkara itu boleh memudaratkan kesihatan anda.

Suka tahan lapar dan skip breakfast, lelaki ni ingatkan sakit perut biasa rupanya...

Suka tahan lapar dan skip breakfast, lelaki ni ingatkan sakit perut biasa rupanya…

Isu itu boleh dikaitkan dengan apa yang terjadi kepada pemuda bernama Mohd Nazriq ni. Dia mempunyai sakit perut kronik kerana suka menahan lapar dan tidak mengikut jadual pemakanan yang betul. Harap ia boleh jadi pengajaran pada semua orang.

Gemar tidak bersarapan pagi, tahan lapar, akhirnya

Disebabkan menahan lapar kerana kesibukan kerja di sebuah hotel, Mohd Nazriq terpaksa menanggung sakit sehingga menjejaskan usus perutnya dari Julai tahun lepas. Tambah Nazriq, penyakitnya itu berpunca daripada sikapnya yang suka meninggalkan pengambilan sarapan pagi sebelum pergi ke kerja.

Nazriq sangkakan pada mulanya dia ingatkan sakit perut biasa tetapi..

Sampailah satu hari tu perut saya sakit sangat dan doktor sahkan saya kena gastrik. Bila pemeriksaan secara menyeluruh dilakukan, saya tak sangka ia juga beri kesan kepada usus saya sehingga terpaksa menjalani pembedahan.

Saya sebelum ini bekerja di sebuah hotel di Kulai dan masa makan saya tidak menentu. Saya juga sering mengambil makanan pedas dan disebabkan itu usus saya jadi luka.

Perut terpaksa ditebuk..

Tambah Mohd Nazriq lagi, perutnya terpaksa ditebuk untuk memudahkan proses pembuangan air besar dan dia harus menjalani pembedahan sekali lagi untuk mengetahui keadaan ususnya.

Sejak saya sakit, ibu dan ayah yang banyak bantu terutama ketika mahu bergerak. Tapi sekarang alhamdulillah, kesihatan saya semakin pulih dan sudah boleh bergerak sendiri.

Dapat bantuan

Penderitaan Mohd Nazriq telah mendapat perhatian dan mendapat sumbangan kerusi roda dari Adun Kahang, R Vidyananthan untuk memudahkan perjalanan Mohd Nazriq terutamanya ketika membuat pemeriksaan di hospital.

Lawatan yang diadakan ini merupakan rutin yang sering dijalankan oleh saya setiap minggu. Menerusi lawatan ini saya dapat mendekati golongan yang memerlukan selain dapat menyalurkan bantuan dalam kadar segera berdasarkan keperluan.

Apa yang diharap Mohd Nazriq dapat sembuh seperti sedia kala.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Oh Bulan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post