Tak jadi batal, program Running Man diteruskan dengan mengekalkan 6 anggota asal

Peminat Running Man kini boleh menarik nafas lega apabila program variasi popular itu tidak jadi ditamatkan, sebaliknya produksi meneruskan penggambaran musim baharu dengan mengekalkan enam anggota asal.

Nyata pengumuman pembubaran yang dilakukan pada akhir 2016 menyebabkan peminat rancangan yang menjadi fenomena itu mendesak pihak penerbitan memikirkan semula keputusan mereka.

Tak jadi batal, program Running Man diteruskan dengan mengekalkan 6 anggota asal

Tak jadi batal, program Running Man diteruskan dengan mengekalkan 6 anggota asal

Naib Presiden saluran SBS, Nam Seung Yong, berkata keputusan mengekalkan Running Man bukan perkara mudah, namun mereka cuba melakukan yang terbaik demi penyokong setia.

“Sesi luahan membincangkan rasa tidak puas hati antara tunjang utama dengan wakil penerbitan, yang diadakan secara berperingkat awal tahun ini, diharap dapat memperbaiki sebarang kekurangan.

“Tetapi tidak mudah untuk mereka kekal bersama Running Man memandangkan setiap anggotanya mempunyai komitmen. Terima kasih kepada yang tidak jemu menyokong kami sejak tujuh tahun lalu,” katanya menerusi sidang media, hari ini.

Pada majlis sama, beliau turut memohon maaf kepada semua anggota Running Man berikutan timbul pelbagai spekulasi kurang menyenangkan sejak kebelakangan ini.

Running Man menampilkan Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, HaHa, Lee Kwang Soo, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo manakala seorang lagi anggota asal, Gary, menarik diri lebih awal dengan alasan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian.

Sumber: Bharian

 



Sumber Tak jadi batal, program Running Man diteruskan dengan mengekalkan 6 anggota asal

Post a Comment

Previous Post Next Post