“Tak Pernah ‘Delay’ Walau Seminit Pun”, Jurutera Tempatan di Jepun ini Kongsi Pengalaman Bersama Bullet Train Shinkansen

Bagi yang belum tahu, Shinkansen adalah perkhidmatan keretapi laju di Jepun yang kini sudah mencecah usia lebih separuh abad. Dan apa yang menarik tentang perkhidmatan keretapi ini adalah, setakat 52 tahun beroperasi, tiada sebarang kemalangan yang berlaku berpunca dari kegagalan pengoperasian Shinkansen.

"Tak Pernah 'Delay' Walau Seminit Pun", Jurutera Tempatan di Jepun ini Kongsi Pengalaman Bersama Bullet Train Shinkansen

“Tak Pernah ‘Delay’ Walau Seminit Pun”, Jurutera Tempatan di Jepun ini Kongsi Pengalaman Bersama Bullet Train Shinkansen

Antara sebabnya adalah perancangan yang rapi serta backup plan yang sudah disediakan awal-awal. Lagipun, Shinkansen adalah buatan Jepun, sebuah negara yang sememangnya terkenal dengan kualiti kerja, disiplin dan kesungguhan.

Shinkansen Mungkin Akan Berada di Malaysia Tidak Lama Lagi

Tidak lama lagi, Malaysia mungkin akan dapat merasai Shinkansen di Malaysia. Malaysia kini sedang dalam perbincangan dengan Jepun berkenaan perkara tersebut.

Dalam pelan rangkaan, satu rangkaian keretapi berkelajuan tinggi akan dibina menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura. Apa yang menarik, cuma 90 minit sahaja masa diperlukan untuk bergerak dari KL ke Singapura.

Beberapa kawasan perhentian juga akan dibuat iaitu di Kuala Lumpur, Seremban, Muar Batu Pahat, Nusajaya dan Jurong East di Singapura.

Shinkansen Tidak Pernah Satu Minit Pun Delay, Kata Jurutera Warga Malaysia di Jepun

Seorang jurutera warga Malaysia yang bekerja di sebuah syarikat komponen kereta terkemuka Jepun menceritakan pengalamannya bersama Shinkansen.

Hilamir, 26, yang sudah tiga tahun menetap di Nagoya dengan ringkas berkata servis keretapi Shinkansen adalah yang terbaik pernah digunakannya.

Setakat yang saya pernah naik, tidak pernah satu minit pun delay”, kata beliau kepada Siakap Keli.

Selain itu, beliau juga berkata kepantasan keretapi Shinkansen dapat mengurangkan perjalanan dari Nagoya ke Tokyo; yang mengambil masa 6 jam dengan menaiki kereta; kepada 2 jam.

Sangat bagus jika diimplementasikan di Malaysia. Boleh menjadi alternatif kepada pengangkutan lain selain penerbangan domestik.

Sekiranya dibuat dengan betul, isu kesesakan di lebuhraya pun boleh selesai. Orang ramai tidak lagi perlu bersusah payah berebut untuk ke lapangan terbang.

Ketika ditanya apa yang akan berlaku kepada rakyat Malaysia sekiranya Shinkansen diimplementasi di Malaysia, Hilamir berkata:

Logistik(pengangkutan) sekarang memang sesuatu yang penting. Sekiranya dapat diimplementasi dengan bagus, produktiviti (orang awam) akan meningkat. Kerja pun boleh diselesaikan dengan lebih cepat.

Disebabkan itu, lebih ramai pelabur akan datang ke Malaysia kerana kepercayaan mereka meningkat.

Dari segi sosial pula, kadar kesesakan lalu lintas dan kemalangan akan kurang, seterusnya akan menjadikan mindset masyarakat kearah taraf hidup yang lebih tinggi kerana percaya Malaysia boleh hidup dengan teknologi tinggi., kata beliau.

Hilamir juga berkata jika dibandingkan dari segi pembinaan dan kualiti, Jepun sememangnya terkenal  dengan sistem dan kejuruteraan yang terkawal berbanding dengan negara lain.

Pengakhir kata, Hilamir berharap agar projek Shinkansen ini akan dapat dizahirkan di Malaysia dengan kepakaran dan perancangan dari Jepun.

Penulis sendiri pun pernah merasai pengalaman menaiki keretapi Shinkansen pada 2008. Selain dari keselesaan dan keadaan sekeliling yang kondusif, ada tiga perkara yang patut diberi pujian, iaitu ketepatan masa, ketersediaan (availability) dan juga penunjuk arah yang berteknologi tinggi.

Sumber: SK



Sumber “Tak Pernah ‘Delay’ Walau Seminit Pun”, Jurutera Tempatan di Jepun ini Kongsi Pengalaman Bersama Bullet Train Shinkansen

Post a Comment

Previous Post Next Post