Taktik pasangan samun kedai telefon terbongkar, konon nak bagi suami kat dalam kereta tengok handphone, akhirnya dicekup jua

Dua suspek lelaki dan wanita yang menjadikan kedai telefon sebagai sasaran jenayah mereka berjaya dicekup dalam kejadian di sebuah kedai aksesori telefon di Cabang Tiga Kubang Putat, dekat sini, hari ini.

Taktik pasangan samun kedai telefon terbongkar, konon nak bagi suami kat dalam kereta tengok handphone, akhirnya dicekup jua

Taktik pasangan samun kedai telefon terbongkar, konon nak bagi suami kat dalam kereta tengok handphone, akhirnya dicekup jua

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, suspek wanita masuk ke kedai itu dan berpura-pura hendak membeli kad tambah nilai dalam jumlah yang banyak, manakala suspek lelaki menunggu di dalam kereta.

Curiga dengan tingkah laku suspek, pemilik kedai bertindak menghubungi rakan radio amatur dari Kelab Keselamatan Tanah Merah, Machang, Jeli (SKTMJ) yang sebelum ini menghebahkan maklumat mengenai kegiatan suspek dalam laman sosial.

Polis dan ahli SKTMJ yang bergegas ke kedai itu selepas mendapat maklumat berjaya menghalang kenderaan Perodua Alza dinaiki suspek lelaki dan menangkap suspek wanita terbabit.

Dua suspek terbabit sebelum ini dipercayai terlibat dalam beberapa kes curi di kedai telefon dengan berpura-pura hendak membeli telefon sebelum melarikan barangan itu.

Berdasarkan kes sebelum ini termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek wanita akan masuk ke kedai sambil berpura-pura hendak membeli telefon dan memperdaya hendak menunjukkan telefon itu kepada ‘suaminya’ yang menunggu di dalam kereta sebelum mereka melarikan diri.

Mengikut maklumat yang tersebar sebelum ini, dua suspek itu dipercayai terlibat dalam kes melarikan telefon di sebuah kedai telefon di Panglima Bayu, 12 Januari lalu dan di Besut, Terengganu, menggunakan taktik sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut kerana pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Sumber: Sinar



Sumber Taktik pasangan samun kedai telefon terbongkar, konon nak bagi suami kat dalam kereta tengok handphone, akhirnya dicekup jua

Post a Comment

Previous Post Next Post