“Tarik balik atau ayah lapor polis” Rani Kulup mohon Ku Nan tarik balik cadangan larang motosikal kapcai masuk KL

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) memohon Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menarik balik cadangan beliau untuk melarang motosikal berkapasiti enjin kecil atau ‘kapcai’ memasuki Kuala Lumpur.

Presidennya, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, cadangan itu sangat tidak munasabah serta bakal membebankan pengguna motosikal kapcai sekiranya ia dilaksanakan kelak.

"Tarik balik atau ayah lapor polis" Rani Kulup mohon Ku Nan tarik balik cadangan larang motosikal kapcai masuk KL

“Tarik balik atau ayah lapor polis” Rani Kulup mohon Ku Nan tarik balik cadangan larang motosikal kapcai masuk KL

“Sebenarnya tidak patut, beliau seorang menteri mengeluarkan cadangan yang mengundang kegusaran hati rakyat, larangan itu sangat tidak logik.

“Lagipun ramai rakyat bawahan serta anak muda yang menggunakan motosikal kapcai, untuk menjalankan rutin harian mereka…jadi jangan buat begitu, tarik balik kenyataan itu atau ayah buat laporan polis esok,” katanya yang mesra disapa Ayah  kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Tengku Adnan yang popular dengan panggilan Ku Nan yang dipetik berkata, langkah larangan itu diambil sebagai satu usaha untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon.

Kata Ku Nan, pihaknya akan melaksanakan larangan itu sekiranya harga tambang pengangkutan awam berpatutan.

“Pada waktu siang, populasi (dalam bandar) meningkat kepada antara lima dan tujuh juta kerana pekerja berulang-alik ke tempat kerja.

“Kebanyakan bandar utama tidak membenarkan penggunaan motosikal ‘kapcai’,” kata Ku Nan lagi sepertimana dilaporkan media tempatan.

Dalam pada itu, ulasnya ketika rakyat bawahan sedang perit dengan pelbagai siri kenaikan kos sara hidup, timbul cadangan ini, sehinggakan beliau tidak ‘menang tangan’ dihubungi orang ramai bagi membantu mereka.

“Ramai yang hubungi ayah, jadi cukuplah keluarkan kenyataan sebegini lagi, banyak rakyat yang tidak puas hati, menteri tidak mengapalah mereka sudah kaya, sudah pergi sana sini,” sinisnya.

Katanya lagi, sekiranya cadangan ini dilaksanakan beliau bimbang mengenai nasib mereka yang menggunakan kapcai sebagai ‘tempat’ bergantung harap mencari sesuap nasi.

“Takkanlah hendak suruh ‘Mat Despatch’ tukar motor sisi 250 pula,” katanya lagi

Sumber: Sinar



Sumber “Tarik balik atau ayah lapor polis” Rani Kulup mohon Ku Nan tarik balik cadangan larang motosikal kapcai masuk KL

Post a Comment

Previous Post Next Post