Teksi motosikal atau Dego Ride haram, Kementerian Pengangkutan mahu JPJ ambil tindakan

Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan terhadap teksi motosikal atau Dego Ride yang beroperasi di sekitar ibu negara.

Teksi motosikal atau Dego Ride haram, Kementerian Pengangkutan mahu JPJ ambil tindakan

Teksi motosikal atau Dego Ride haram, Kementerian Pengangkutan mahu JPJ ambil tindakan

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, setakat ini, tiada lesen yang dikeluarkan kepada perkhidmatan mengambil penumpang menggunakan motosikal.

“Setakat ini tidak ada lesen untuk teksi motosikal. Dalam sistem ambil upah daripada penumpang, kita tidak membenarkan penggunaan motosikal.

“Kalau mereka membuat bisnes ini, maka ia sesuatu yang menyalahi undang-undang. Kita arahkan JPJ untuk mengambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2017 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Plaza Tol Mines Selatan di sini, Selasa.

Berita selanjutnya menyusul.

SumberMstar



Sumber Teksi motosikal atau Dego Ride haram, Kementerian Pengangkutan mahu JPJ ambil tindakan

Post a Comment

Previous Post Next Post