Tip Bagaimana Ingin Tingkatkan Tabung Simpanan Anda

Nota Editor :

Tahun baru ini, ayuh menanam azam untuk mempunyai simpanan lebih banyak daripada tahun lepas. Anda bergaji besar tetapi menghadapi masalah untuk menyimpan walaupun RM100 sebulan?

Ayuh baca ini:

#1 – Utamakan Keperluan, Tangguhkan Kehendak

Utamakan perkara yang penting terlebih dahulu. Kehendak itu bila-bila pun boleh beli. Misalnya, kasut itu keperluan tetapi berpasang-pasang kasut itu sudah jadi kehendak. Sebab itu penting senaraikan barang dan perkara yang penting bila dapat gaji. Baru kita berada di landasan yang betul.

#2 – Semak Balik Pakej Bil Telefon

Jika anda ada bil telefon, semak balik pakej yang diambil. Jika boleh hadkan bil telefon hanya setakat RM100 paling maksimum. Sekarang ini sudah banyak pelan yang ditawarkan oleh syarikat komunkasi. Jadi, anda kena bijak memilih.

#3 – Kurangkan Kunjungi Pusat Membeli Belah

Bukan maksudnya tak boleh pergi pusat membeli-belah. Boleh, tapi jangan selalu. Jika ada barang yang nak beli baru pergi. Kalau setakat nak window shopping tak perlu. Bukannya apa, memang akan terbeli pun barang yang tidak ada dalam senarai.

#4 – Bawa Bekal Ke Tempat Kerja

Sarapan pagi di rumah. Sebelum pergi kerja, sarapan siap-siap di rumah. Makan tengah hari pula boleh bawa bekal. Jadi, dapat berjimat sikit. Ini tidak, daripada sarapan pagi hingga ke makan malam semuanya di kedai.

#5 – Kurangkan Makan Luar

Boleh makan luar tetapi kurangkan. Jika tengah hari sudah makan luar, malam masak di rumah. Hujung minggu pun boleh masak di rumah. Tiap minggu lepak kedai kopi mahal, makan tempat mewah memang susah. Sedar sikit anda beli Myvi zero downpayment. Tak mampu simpan downpayment kereta, nak simpan downpayment rumah lagi susah.

#6 – Pakai Sampai Habis, Guna Sampai Rosak

Jangan terlalu kejar trend terkini sampai orang bank pun kejar anda asyik telefon suruh bayar balik ansuran hutang itu. Apa yang ada, pakai sahaja Tak perlu tiap bulan beli pakaian baru. Sudah ada telefon, jangan tukar selagi tak rosak. Anda dapat bonus RM500 sahaja bukan RM5000. Ini dapat bonus semua benda nak beli. Semua benda nak tukar baru.

#7 – Hiburan Percuma

Tak perlu pergi konsert berbayar jika mesin ATM asyik kata “Maaf baki anda tidak mencukupi”, tak perlu bayar saluran televisyen berbayar jika sekadar nak tengok drama cinta. Artis atau pelakon kegemaran anda bukan pedulikan sangat tentang kewangan anda pun. Jadi, cari hiburan yang percuma. Pergi ke pantai, bersatu dengan alam atapun tengok burung.

Tahun baru ini cuba  berazam yang bijak sedikit. Orang asyik kata anda kedekut abaikan, janji anda suka menderma di tabung masjid. Pedulikan orang kata. Terpulang mereka nak kata apa. Sampai bila hidup nak dengar apa orang cakap?

Anda nak belajar tip dan panduan beli rumah dengan modal yang minima dan jimat berpuluh ribu ringgit?

Klik link ini:

http://ift.tt/2jcxxpl



Sumber Tip Bagaimana Ingin Tingkatkan Tabung Simpanan Anda

Post a Comment

Previous Post Next Post