Atas faktor kerja, dan perlu ke luar negara dalam waktu yang panjang, sudah pasti ada di antara ibu di luar sana yang terpaksa meninggalkan anak kecil dalam jagaan keluarga yang lain. Ia merupakan keputusan yang berat, namun perlu dilakukan untuk keselesaan ibu juga anak.
Namun begitu, jika anak masih lagi menyusu badan, sudah pasti ibu tidak mahu susu yang ada terbazir begitu sahaja, dan khuatir ia akan mengurangkan kuantiti susu jika tidak dipam, atau disusui oleh anak.
Bagaimana pula, cara yang boleh dilakukan, agar susu tersebut boleh terus ‘dipam’, serta disimpan dengan selamat? Seorang ibu, iaitu saudari Nur Izzati, kongsikan tip yang boleh digunakan, buat ibu di luar sana.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Post ni panjang tapi mungkin membantu BF mummies yang travel tanpa anak
7 hari travel tanpa anak. Satu pengalaman baru untuk BF mummy ni. Alhamdulillah selamat sampai KL – Guangzhou – KL bersama stok susu. Rindu anak takyah cakap la.
Mula-mula nak travel tu risau jugak macam mana nak bawa stok susu naik flight apa semua. Yelah, biasanya airlines cuma benarkan 10ml macam tu je bawak naik flight. Dah dengan stok bagai ni macam mana kan. Mau mak tak risau.
Masa nak ke Guangzhou haritu pun saya banyak buat bacaan dari pengalaman orang lain supaya lebih bersedia sebelum sampai ke sana. Jadi, saya rasa nak give back to others dengan menceritakan pengalaman saya pulak.
Persiapan dari Malaysia saya bawak (SEBELUM TRAVEL)
TIPS SEMASA TRAVEL
Penyimpanan susu dalam freezer hotel
Lepastu dah mula risau sebab hari kedua je peti ais semua dah penuh (sebab memang kecik gila) & berdoa supaya Allah mudahkan urusan. Waktu tu memang Allah nak tolong, kami pergi makan di restoran makanan halal & hasben cuba-cuba je tanya kalau boleh tumpang freezer dorang. Dan alhamdulillah! Dorang bagi tumpang secara PERCUMA je. Dapat deep freezer lak tu. Syukur gila.
Hasben try juga bagi bayaran kat dorang tapi sungguh-sungguh dorang tolak sampai berkejaran jugak la punya taknak terima duit kami. Alhamdulillah, terima kasih Allah.
PERSIAPAN BALIK MALAYSIA
GabaG jenis backpack
Senang nak bawak gi mana-mana sebab jenis sandang, tali dia tebal & selesa kat bahu walaupun kena usung seharian sana sini. muat segala benda. Laptop, bag mekap, telekung, pam, storage bottle, ice pack. Berbaloi melabur untuk anak (ayah dia tolong bawak pun tak segan sebab tak nampak macam bag susu pun hehe)
Dalam ni saya letak 2 ice pack & 5 storage bottle. Sepanjang perjalanan tu, sampai je masa pam, saya akan pam dan simpan dalam GabaG ni. Dalam flight, dalam teksi, sementara tunggu naik flight.
TIPS:
Masa lalu kastam untuk departure tu, kalau kastam tu scan dan tanya ada bawak air ke dalam bag? Terus je cakap “ada susu anak” in shaa Allah dorang tak check pun dan terus bagi jalan. Kalau dorang nak check jugak, make sure dorang nampak pam & susu dgn mudah. Jangan nak kena selak-selak banyak benda baru boleh nampak susu&pam. Elakkan perkara yang boleh mencurigakan.
GabaG ni jugak la saya usung sana sini seharian. Dah melekat jadi satu identiti gamaknya. Hahaha tak kesah sebab I’M A PROUD BF MUMMY
Ni la sebabnya saya cadangkan bawak nursing cover dan pakai handsfree nursing bra. Supaya senang kita nak mengepam anytime anywhere.
Setiap kali bawak keluar pam ni, hasben mesti cakap “haaaa dah siap dah alatan nak berperang dia”
Pasang semua peralatan & cover dengan nursing cover, tadaa! Org taktau pun kita tengah mengepam. Sambil makan, sambil menunggu, sambil dalam teksi. Mama ok jee.
Cooler bag Alegra. Ice pack tahan 12 – 16jam dalam ni. Cooler ni saya letak semua stok susu dalam ni, tabur gram sikit, letak ice pack, wrap dgn plastick & letak dalam luggage. Saya check in sekali dalam luggage (ni kawan stewardess saya suggest buat macam ni)
In shaa Allah, pengalaman saya kastam tak tahan pun (walaupun masa scan bag memang zikir tak putus) hahaha nervous mak kalau kena tahan sebab bawak cecair.
Sumber Untuk ibu yang travel tanpa bawa anak kecil, cara ini bakal bantu pastikan susu yang dipam tidak rosak