Universiti Sains Malaysia (USM) tiba-tiba membatalkan Seminar Perubatan Islam: Santau dengan alasan ia bukan fokus universiti.
Dalam kenyataan di laman web universiti, USM menjelaskan seminar itu dirancang beberapa bulan lalu oleh sekumpulan kakitangan yang berminat dengan isu tersebut.
“Hal tersebut telah diteliti semula oleh universiti dengan melihat bahawa ini bukanlah satu keutamaan dan bidang kekuatan yang menjadi fokus universiti terutamanya Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM (IPPT),” katanya.
Menurut poster seminar itu, IPPT dijadual menganjurkan seminar sehari itu pada 25 Februari ini di Dewan Budaya USM.
Semakan Malay Mail Online mendapati laman web IPPT sudah memadamkan butiran program tersebut.
Tambah USM, universiti itu memfokuskan bidang akademik dan penyelidikannya, termasuk IPPT, untuk menjadikan pusat terkemuka dalam kajian onkologi.
Isnin lalu, Malay Mail Online melaporkan beberapa penceramah agama dari Kolej Universiti Islam Selangor dan Darussyifa’ dijadual membentangkan idea mereka dalam seminar itu.
Sumber: Malay Mail
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW