Wanita cuba seludup kekasih keluar penjara dalam keadaan baring seperti bayi dalam beg

Seorang wanita ditahan selepas cuba menyeludup teman lelakinya keluar dari penjara.

Menurut laporan Yahoo News, José Antonio Anzoátegui sebelum ini dihukum penjara sembilan tahun lapan bulan kerana mencuri kereta.

Banduan wanita cuba seludup kekasih dalam beg

Teman wanitanyanya, Antonieta Robles Saouda, 25, melawat beliau dan membawa beg tersebut bersama anak perempuan mereka yang berusia enam tahun di penjara.

Antonieta kemudian dilihat ‘bersusah-payah’ membawa beg tersebut ke dalam bilik penjaranya.

Pegawai penjara yang pelik dengan keadaan tersebut kemudian meminta Antonieta membuka begnya.

Mereka menemui José dalam keadaan baring seperti bayi dan dipercayai cuba diseludup keluardari penjara.

Antonieta bakal didakwa dan anak perempuannya telah diserahkan untuk dijaga oleh badan kebajikan.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Wanita cuba seludup kekasih keluar penjara dalam keadaan baring seperti bayi dalam beg

Post a Comment

Previous Post Next Post