Betul betul memegang pada janji, Shuib Sepahtu dan juga isteri, Siti Sarah selamat melangsungkan majlis persandingan kali pertama mereka pada malam ini (26 Februari 2017). Majlis persandingan meriah pasangan ini diadakan di Bora Ombak Marina, Putrajaya.
Menurut Shuib sebelum ini, majlis yang diadakan ini adalah janjinya kepada isteri kerana dulu mereka hanya sekadar bernikah dan tidak mengadakan majlis persandingan.
“Saya tidak kisah dikecam orang kerana ini penghargaan saya buat isteri. Orang tidak tahu keadaan saya waktu mula-mula berkahwin dengan Sarah. Keikhlasannya menerima saya dalam keadaan saya tidak punya apa-apa kerana baru mula bertapak dalam bidang seni sangat saya hargai,” katanya sebelum ini.
Di majlis itu, Shuib turut membuat kejutan dengan menyanyikan lagu yang diciptanya, buat isteri tercinta, berjudul Aku Lelakimu selain turut menyampaikan ucapan romantis sebelum menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Sarah. Lebih istimewa cincin tersebut di bawa sendiri anak sulung pasangan ini ke pelamin cinta mereka.
Pada akhir majlis persandingan mereka, Sarah turut mendendangkan dua buah lagu yang berjudul, Kaulah Segalanya dan Mencintaimu. Kami di pihak Rotikaya mendoakan agar perkahwinan pasangan ini kekal hingga ke jannah.
Apa yang pasti, apa yang dilakukan oleh Shuib sebagai suami adalah sesuatu yang pastinya akan dihargai oleh isteri lebih lebih lagi Shuib sendiri baru keluar dari hospital kerana tekanan darah rendah.
Majlis ini juga turut dihadiri barisan selebriti dan juga sahabat baik Shuib sendiri yang baru sahaja bergelar suami isteri semalam iaitu Jep dan juga Sari Yanti. Kami kongsikan beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung. Enjoice! (rtky/s/h)
Sumber: Rotikaya
Sumber 30 Gambar sekitar majlis persandingan Shuib dan Siti Sarah, Jep dan Sari Yanti siap pegang tangan, sweet sangat!