PASTI anda masih ingat lagi dengan rakaman video seorang gadis Indonesia yang datang memeluk erat bekas kekasihnya di sebuah majlis perkahwinan tiga tahun lalu.
Kejadian itu berlaku pada 17 Oktober 2014 di daerah Sulawesi Selatan, Indonesia di mana ia merupakan hari persandingan bekas kekasih wanita terbabit, iaitu Rais bersama gadis pilihan daripada keluarga lelaki terbabit.
Gadis berkenaan, Risna Wati dikatakan tidak dapat menahan rasa sedih dan rindu kepada Rais, sehingga sanggup memeluknya di hadapan khalayak ramai, termasuk isteri Rais sendiri.
Berlaku juga sedikit kekecohan namun ia terkawal, dalam pada itu juga ada yang turut menitiskan air mata menyaksikan adegan sayu berkenaan yang berlaku di depan mata mereka.
Difahamkan, Rais dan Risna sebelum ini pernah menjalinkan ikatan cinta selama tujuh tahun sehinggakan keluarga Rais pernah menghantar rombongan meminang kepada keluarga Risna.
Bagaimanapun, jodoh mereka tidak kesampaian apabila rombongan meminang keluarga Rais ditolak secara mentah-mentah oleh keluarga Risna dengan bermacam-macam alasan.
Kisah cinta tidak kesampaian kedua pasangan ini menjadi tular sehingga pernah difilemkan ke dalam sebuah drama yang ditayang di negara tersebut.
Peristiwa tersebut sudah tiga tahun berlalu, jadi bagaimanakah kehidupan terkini Risna?
Menerusi media Indonesia, Risna yang kini sudah berusia 24 tahun sudah bekerja sebagai seorang bidan kampung setelah menamatkan pengajiannya dalam kursus kejururawatan (kebidanan) di Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan.
Risna turut memuat naik status di laman sosialnya mengatakan yang dia semakin bersyukur dan tidak lagi menoleh ke belakang sejak peristiwa tersebut.
“Kebelakangan ni aku banyak belajar mengenai kehidupan, dan sesungguhnya kesemuanya di dunia ini hanya milik Allah.
“Semoga apa yang hilang dariku semoga dapat digantikan dengan perkara yang baik dengan kehendakMu.
“Ya Allah, ajarkanlah aku agar tidak meminta kembali perkara yang telah hilang dan ajarkanlah padaku untuk percaya bahawa apa yang engkau berikan adalah yang terbaik,” tulisnya menerusi laman Facebook.
Bagaimanapun, dia mengakui biarpun sukar untuk melupakan bekas kekasihnya itu, namun dia bersikap matang dan redha dengan keputusan bekas kekasihnya itu yang tetap tidak mahu menyuntingnya sebagai isteri.
Tambahnya, dia kini sudah berkawan dengan ramai kenalan lelaki namun masih belum menjumpai calon yang sesuai untuk dijadikan suami.
DI BAWAH VIDEO YANG TULAR 20154…
Sumber: Mynewshub
Sumber Ingat lagi tak? Gadis viral peluk bekas kekasih di hari perkahwinan lelaki itu dah move on