Jangan Tinggalkan Senaman Kemut, Kalau Tak Anda Pasti Menyesal!

Takut kan bila dengar orang bercerita tentang rahim jatuh. Ada juga yang sebut tombong. Tengok gambar pon boleh mimpi ngeri. Namun inilah realitinya.

Allah jadikan rahim kita kuat untuk memegang baby di dalamnya selama 9 bulan. Jadi cuba bayangkan apa yang akan terjadi selepas itu? Baby dah keluar, rahim yang besar itu mengecut secara automatik ke? Mestilah mengambil masa yang agak lama.

 

 

Jangan Tinggalkan Senaman Kemut, Kalau Tak Anda Pasti Menyesal!

Jangan Tinggalkan Senaman Kemut, Kalau Tak Anda Pasti Menyesal!

 

Penjagaan yang rapi terutama selepas berpantang sangatlah penting. Kalau tak, susah hidup!

Bagi wanita yang berdepan masalah rahim jatuh, amalkan senaman kemut atau juga dikenali sebagai senaman kegel. Senaman ini membantu menguatkan otot-otot vagina dan mengelakkan berlakunya masalah tombong ( rahim terkeluar dari vagina).

Walaupun wanita tahu kelebihan senaman kemut namun masih ramai yang tidak amalkan. Ada juga yang tiada pengetahuan mengenai senaman ini. Mingguan Wanita kongsikan teknik senaman kemut yang betul.

Teknik Yang Betul

1. Sebelum melakukan senaman kemut, anda perlu kenal pasti otot lantai pelvis. Untuk permulaan, tahan air kencing daripada mengalir. Ini cara mudah untuk mengenal pasti otot yang terlibat dalam senaman ini.

2. Bila dah kenal otot-otot ini barulah lakukan senaman kemut. Kemut bahagian yang terlibat selama 3 saat kemudian lepaskan. Ulangi langkah ini sebanyak 10 kali.

3. Jangan keraskan otot perut dan otot di sekitar lubang punggung.

4. Lakukan senaman ini sekerap mungkin untuk hasil yang terbaik. Sekurang-kurangnya lakukan tiga kali sehari.

Kelebihan Senaman Kemut/ Kegel

1. Ia mudah dan boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Senaman ini boleh dilakukan ketika anda duduk, berdiri atau berbaring.

2. Menguatkan dan mengencangkan otot-otot vagina.

3. Mengatasi masalah vagina yang longgar.

4. Membantu mengatasi masalah kentut vagina.

5. Ia juga senaman terbaik diamalkan untuk wanita yang sukar mengawal kencing.

6. Merapatkan vagina dan memberi kepuasan ketika hubungan intim.

 

 

 

Sumber: Mingguan Wanita



Sumber Jangan Tinggalkan Senaman Kemut, Kalau Tak Anda Pasti Menyesal!

Post a Comment

Previous Post Next Post