Kanak-kanak kencing di tepi jalan maut dilanggar bas mini, netizen salahkan ibu bapa

Seorang kanak-kanak mati dilanggar sebuah bas mini ketika mencangkung di tepi jalan raya untuk membuang air kecil.

Video pengawasan menunjukkan kejadian di Ningdu, daerah di wilayah Jianxi itu tular di Internet di China.

Seorang kanak-kanak yang dikatakan berusia enam tahun dilihat menarik seluarnya sebelum mencangkung untuk membuang air kecil di tepi jalan.

 

Kanak-kanak kencing di tepi jalan maut dilanggar bas mini, netizen salahkan ibu bapa

Kanak-kanak kencing di tepi jalan maut dilanggar bas mini, netizen salahkan ibu bapa

Kira-kira 10 saat kemudian, sebuah bas mini melanggarnya.

Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan yang dialaminya terlalu parah.

Pemandu bas berkenaan ditahan polis untuk disoal siasat.

Bagaimanapun, kebanyakan netizen di China menyalahkan ibu bapa kanak-kanak itu, tidak pemandu terbabit.

“Saya bersimpati dengan pemandu itu. Yang salah ialah perbuatan membuang air kecil di tepi jalan. Ibu bapanya yang perlu bertanggungjawab,” tulis seorang netizen.

Sumber: Metro



Sumber Kanak-kanak kencing di tepi jalan maut dilanggar bas mini, netizen salahkan ibu bapa

Post a Comment

Previous Post Next Post