Kerajaan Negeri Johor menafikan pernah mengeluarkan kad pengenalan ‘Bangsa Johor’ seperti yang tular di media sosial ketika ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani berkata, kad sedemikian tidak pernah dikeluarkan kerajaan negeri atau mana-mana jabatan kerajaan di negeri ini.
Kerajaan Negeri Johor nafi keluarkan kad pengenalan Bangsa Johor
Menurutnya, penggunaan identiti Johor tanpa merujuk Setiausaha Kerajaan Negeri adalah dilarang sama sekali.
Sehubungan itu kerajaan negeri memberi amaran kepada pihak yang memuat naik pelawaan mendapatkan kad pengenalan terbabit di laman sosial Facebook dan Twitter sejak beberapa hari lalu.
Katanya, orang ramai dinasihatkan berhati-hati kerana ia adalah palsu.
Sumber: Metro
Sumber Kerajaan Negeri Johor nafi keluarkan kad pengenalan Bangsa Johor
Tags:
tbKOR