“Mana mungkin pak Menteri rasa impak minyak naik 20 sen sedangkan semua kos perjalanan ditanggung kerajaan menggunakan wang rakyat”

Pemuda Pas mendesak agar kerajaan mengembalikan semula subsidi minyak.

Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, tindakan itu bagi memastikan rakyat tidak menjadi mangsa akibat impak berantai kenaikan harga minyak.

"Mana mungkin pak Menteri rasa impak minyak naik 20 sen sedangkan semua kos perjalanan ditanggung kerajaan menggunakan wang rakyat"

“Mana mungkin pak Menteri rasa impak minyak naik 20 sen sedangkan semua kos perjalanan ditanggung kerajaan menggunakan wang rakyat”

“Sekali pandang, syiling 20 sen itu seperti kecil sahaja nilainya. Tetapi, impak kenaikan 20 sen seliter minyak petrol RON95 amat besar nilainya.

“Kesan kenaikan itu berantai ke seluruh aspek kos hidup harian rakyat. Makanan, barangan, pengangkutan dan perkhidmatan sentiasa ikut sama naik atas alasan kenaikan 20 sen tersebut,” katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Terdahulu, Harga runcit bagi minyak petrol RON95 dan RON97 naik 20 sen bermula tengah malam semalam manakala harga diesel pula naik 10 sen.

Kadar baharu bagi RON95 adalah RM2.30 seliter berbanding RM2.10 sen seliter untuk Januari.

Manakala, harga RON97 adalah RM2.60 berbanding RM2.40 seliter untuk Januari dan harga diesel ialah RM2.15 seliter berbanding RM2.05 pada Januari.

Dalam pada itu, Khairil menyoal adakah Pak Menteri merasai impak kenaikan 20 sen harga minyak.

“Bagaimana mungkin mereka mahu merasainya sedangkan segala kos perjalanan rasminya ditanggung oleh Kerajaan? Setiap kilometer perjalanan Pak Menteri dibayar menggunakan wang rakyat.

“Bahkan, bayaran tol bagi kenderaan Pak Menteri juga ditanggung oleh Kerajaan (baca: wang rakyat),” katanya.

Oleh itu katanya, dalam nada sinis slogan “rakyat didahulukan” yang dicanang oleh BN sememangnya tepat lagi benar kerana senantiasa rakyat didahulukan merasai bebanan kenaikan kos sara hidup sepertimana janji di awal pelaksanaan GST dahulu.

“Dulu, ketika harga minyak dunia mencecah 100USD/setong, kerajaan umumkan kenaikan harga minyak.

“Sekarang, ketika harga minyak dunia merudum kepada 55USD/setong, Kerajaan tetap mengumumkan kenaikan harga minyak juga,” sinisnya.

Katanya lagi, usahlah tunggu menjelang Pilihan Raya Umum, baru kerajaan mahu berlagak prihatin merasai denyut nadi rakyat.

“20 sen ini amat bernilai harganya kerana ia juga mampu menjadi penentu pilihan di kertas undi kelak,” katanya.

Sejak 1 Disember, 2014, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, melaksanakan sistem apungan terurus bagi menentukan harga petrol dan diesel susulan pemansuhan subsidi bahan api.

Sumber: Sinar



Sumber “Mana mungkin pak Menteri rasa impak minyak naik 20 sen sedangkan semua kos perjalanan ditanggung kerajaan menggunakan wang rakyat”

Post a Comment

Previous Post Next Post