Mimie Haris bercerai: Rumah tangga hanya kekal 8 bulan

Penyanyi kelahiran program realiti MyStarz LG, Mimie Haris mengakui sudah pun bercerai.  Perkahwinannya dengan ahli perniagaan hanya kekal lapan bulan sahaja.

mimie haris bercerai

mimie haris bercerai

“Benar kami berpisah sejak lima bulan yang lalu. Secara rasminya kami bercerai pada bulan November tahun lepas,” ujarnya.

MH Online menyingkap dengan lebih lanjut berkenaan punca perceraian namun Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris, 27, tetap reda dengan takdirnya.

“Sudah tidak ada jodoh antara kami lagi. Walau bagaimanapun perkara ini sudah berlalu dan selesai,” katanya.

Untuk info, Mimie berkahwin sekitar akhir bulan Disember 2015 dan menetap di Dubai. Kini Mimie sudah pulang ke tanah air dan meneruskan karier baru sebagai pengacara program TV CJWOW Shop.

Sumber: Media Hiburan



Sumber Mimie Haris bercerai: Rumah tangga hanya kekal 8 bulan

Post a Comment

Previous Post Next Post