Minyak naik 20 sen, Jamal serbu pejabat Najib?

Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan bahawa beliau menyeru orang ramai supaya menyerbu pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya esok bagi membantah kenaikan harga minyak.

Minyak naik 20 sen, Jamal serbu pejabat Najib?

Minyak naik 20 sen, Jamal serbu pejabat Najib?

Menerusi satu kenyataan hari ini, Jamal berkata, sebaran info itu adalah berniat jahat dan fitnah semata-mata.

“Itu palsu,” ujar Jamal berhubung sebaran kenyataan yang didakwa ditulis beliau di Facebooknya.

Terdahulu, tersebar di media sosial satu keratan kononnya ditulis oleh Jamal di Facebook.

“Ayuh turun beramai ramai di hadapan pejabat PM, Putrajaya bersama Datuk Seri Jamal Md Yunos, Gabungan NGO Malaysia, ahli Umno dan rakyat Malaysia untuk membantah kenaikkan harga minyak yang membebankan rakyat.

“Jam 10 pagi, esok…sila bawa kenderaan anda bersama,” tulis kenyataan itu.

“Ini Facebook saya,” ujar Jamal menjelaskan perkara itu beserta dengan paparan Facebooknya yang sebenar.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Minyak naik 20 sen, Jamal serbu pejabat Najib?

Post a Comment

Previous Post Next Post