Pelakon dan pengacara Ary Malik, 46, telah disahkan meninggal pada 7.17 malam tadi di Hospital Ampang Ampang.
Perkara tersebut disahkan suami Allahyarham, Shahrul Nizam Abdul Malik, 46.
Jenazah Allahyarham akan di bawa ke Masjid Wardieburn camp untuk di mandikan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibu Kota.
Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Abdul Malik menghembuskan nafas terakhirnya kerana kanser ovari.
Allahyarham meninggalkan tiga orang anak, Nur Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13 dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.
Sumber: Astro Gempak
Sumber Pelakon dan pengacara Ary Malik meninggal dunia. Al Fatihah
Tags:
tbKOR