Model dan pelakon dari Indonesia, Raline Shah mengakui bersahabat baik dengan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
“Saya dan TMJ memang berkawan baik dan kami membesar bersama-sama.
“Bahkan, kami masih berhubung sekiranya saya ‘turun’ ke Malaysia. Hari ini pun saya ada jemput beliau hadir.
“Saya happy beliau sudah berkahwin dan mempunyai anak,” katanya ketika ditemui Media Hiburan di Malam Gala Tayangan Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2.
Bukan itu sahaja, Raline juga mempunyai hubungan baik dengan keluarga kerabat diraja Johor.
Katanya, hubungan baik itu terjalin lantaran bapanya dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersahabat baik.
“Ayah saya rapat dengan Sultan Johor. Mereka selalu bersama-sama membuat aktiviti menyelam.
“Saya juga mengenali dengan baik akan keluarga kerabat Johor sejak kecil.
“Malah, nama adik bongsu saya turut diberi oleh Sultan Johor sendiri,” katanya.
Meskipun dilahirkan di Jakarta, Raline mengakui kerap pulang ke Malaysia kerana melawat neneknya yang menetap di Johor.
“Dua kali sebulan, saya akan pulang ke Malaysia.
“Saya juga mempunyai ramai kawan-kawan disini,” katanya.
Sumber: Media Hiburan
Sumber Pelakon Surga Yang Tak Dirindukan, Raline sahabat baik TMJ dan membesar sama-sama sejak kecil