BAGAIKAN satu kegilaan apabila laman sosial Facebook hari ini dihujani sticker baharu seekor burung berwarna ungu menganggukkan kepalanya yang dikongsi berulang kali dalam hampir semua perkongsian.
Menurut laporan The Verge, beberapa laman Facebook rasmi untuk organisasi seperti Vox, Polygon, Business Insider malahan laman berita CNN, BBC juga dipenuhi komen yang mengandungi sticker berkenaan.
Dalam sebuah artikel milik New York Times, seorang pelayar menggunakan sticker tersebut sebanyak 92 kali!
Difahamkan, penggunaan sticker yang dikenali sebagai ‘Trash Doves’ tersebut mula tular di Thailand, awal bulan ini.
Walaupun sebahagian pelayar menganggap penggunaan sticker tersebut secara berlebihan adalah kelakar, ia juga dianggap biadap apabila digunakan pada berita berkenaan dengan kematian.
“Apa kena dengan semua orang yang gunakan sticker mengarut ini? Terlalu ramai yang ‘spam’ sticker ini tak kira pada apa jenis berita,” kat Menka laman Facebook berita, Daily Mail.
“Semoga dapat hidayah,” kata Pak selepas seorang pelayar menggunakan sticker tersebut pada berita mengenai kematian.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Sticker burung ungu hantuk kepala menggila di facebook