Sultan Johor berkenan TMJ dicalonkan sebagai Presiden FAM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan anakandanya, Tunku Ismail dicalonkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kongress badan itu.

Wakil ahli gabungan 14 Persatuan Bolasepak negeri dan kelab FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, keputusan itu dibuat selepas baginda bertemu 14 delegasi di bawah naungan FAM yang mahukan Tunku Mahkota Johor menerajui FAM, hari ini.

“Dalam pertemuan selama hampir sejam, baginda Sultan Johor mahu sokongan tanpa berbelah bagi semua yang hadir.

“Selain itu, baginda bertitah supaya memberikan anakandanya masa untuk membawa perubahan dan jangan menetapkan tahun tertentu,” katanya pada sidang media.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka berkata, wakil dari Persatuan Bolasepak Pulau Pinang tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri mesyuarat agong persatuan itu.

Selain Pulau Pinang, hanya wakil dari Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang dan Polis Diraja Malaysia tidak hadir.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Sultan Johor berkenan TMJ dicalonkan sebagai Presiden FAM

Post a Comment

Previous Post Next Post