“Tempoh saya memperjuangkan Irama Malaysia makin singkat jika tiada pihak buka mata” – Noraniza Idris

PENYANYI Noraniza Idris tiada banyak masa untuk meneruskan misinya memperjuangkan lagu-lagu etnik dan irama Malaysia seandainya masih ada pihak tidak buka mata terhadap perjuangannya itu.

"Tempoh saya memperjuangkan Irama Malaysia makin singkat jika tiada pihak buka mata" - Noraniza Idris

“Tempoh saya memperjuangkan Irama Malaysia makin singkat jika tiada pihak buka mata” – Noraniza Idris

Dia yang mesra membahasakan dirinya sebagai Ani berkata, seandainya dia dan suami berpeluang menunaikan umrah pada tahun ini, dia membuat keputusan untuk tidak lagi berada di pentas persembahan sebaliknya akan terlibat sebagai orang belakang tabir.

“Saya dah berusia 49 tahun dan berada dalam industri hiburan lebih tiga dekad. Kalau perjuangan saya dalam mengangkat lagu-lagu irama Malaysia belum terlaksana, saya tidak mempunyai masa lagi kerana saya tidak selamanya di depan.

“Justeru saya harap pihak-pihak tertentu seperti Persatuan Seniman, Yayasan Artis 1 Malaysia dan semua yang terlibat secara langsung di dalam industri agar terus memainkan peranan meletakkan seni dan akar budaya Melayu pada satu tahap membanggakan,” katanya kepada mStar Online.

 

Tempoh Noraniza Perjuang Irama Malaysia Sudah SuntukNORANIZA IDRIS (KIRI) DANTYKA (KANAN) BERSAMA RAKAN-RAKAN ARTIS KETIKA PELANCARAN SINGLE MEREKA BERJUDUL “WANGIKANLAH HATIMU”.

Noraniza Idris ditemui pada pelancaran single duet terbarunya bersama bekas peserta program realiti 3 Juara, Tyka berjudul Wangikanlah Hatimu bertempat di L’Classico Publika baru-baru ini.

Antara yang hadir pada majlis itu Datuk M. Nasir, Datuk D.J. Dave, Datuk Jamaludin Alias (Nash), Datuk Suhaimi Mohd. Zain (Pak Ngah) dan Zed Zaidi.

Kata Noraniza, pemilihan Tyka untuk projek single Wangikanlah Hatimu adalah rentetan daripada program 3 Juara yang lalu di mana dia melihat potensi anak kelahiran Johor ini dalam mewarnai lagu irama Malaysia dengan baik.

Dalam pada itu, jelas penyanyi lagu Dikir Puteri ini lagi, dia berharap akan ada lebih ramai artis muda untuk terus memperkasakan lagu-lagu irama Malaysia agar ia tidak lapuk ditelan zaman.

Tambahnya lagi, artis-artis lain boleh mencontohi beberapa penyanyi muda antaranya Altimet yang bijak mengadun muzik moden dengan karya tradisional di mana lagu diketengahkan tidak sahaja menghiburkan malah sarat dengan unsur-unsur nasihat dan motivasi.

 

 

Sumber: mStar Online

 

 



Sumber “Tempoh saya memperjuangkan Irama Malaysia makin singkat jika tiada pihak buka mata” – Noraniza Idris

Post a Comment

Previous Post Next Post