Video kanak-kanak nyaris tersepit pintu lif diselamatkan seorang wanita dikhuatiri kes dera

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun nyaris disepit pintu lif dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Batu Uban, di sini, baru-baru ini.

 

Video kanak-kanak nyaris tersepit pintu lif diselamatkan seorang wanita dikhuatiri kes dera

Video kanak-kanak nyaris tersepit pintu lif diselamatkan seorang wanita dikhuatiri kes dera

 

Video yang menjadi tular di laman Facebook itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah turut mendapat liputan luas daripada agensi berita Daily Mail.

 

 

Menerusi rakaman, kanak-kanak perempuan itu dilihat berjalan bersendirian menuju ke dalam lif yang terbuka di pusat beli belah Sunny Point, sebelum dilihat melambai-lambai pada seseorang untuk menemaninya.

 

Bagaimanapun, pintu lif yang dikatakan tidak mempunyai sensor itu secara tiba-tiba mula tertutup.

Lapor Daily Mail, seorang wanita yang dipercayai ibu kepada mangsa terus menendang kanak-kanak itu bagi mengelakkan mangsa tersepit. Membuatkan mangsa terjatuh.

Itu pandangan Daily Mail. Namun pelayar internet yang melihat video berkenaan (di atas) secara umumnya beranggapan waniat itu bukan penyelamat, tetapi seorang pendera.

“Tak kisah la itu ke siapa, dia mendera dan sengaja menerajang kanak-kanak itu, kanak-kanak nyata jauh pada pintu berkenaan,” kata seorang netizen.

Ada netizen berpendapat wanita itu bukan ibu kepada mangsa kerana seorang ibu tidak akan menendang anaknya sendiri.

Naluri ibu yang baik kata mereka adalah cuba capai menyelamatkan anaknya, bukannya dengan cara menendang pada bahagian muka.

Malah, ramai yang berkata bahawa wanita itu mampu menarik kanak-kanak itu berbanding menendang mukanya.

Lantas membuatkan netizen menggesa pihak polis menyiasat kejadian tersebut kerana diragui ia merupakan kes penderaan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Video kanak-kanak nyaris tersepit pintu lif diselamatkan seorang wanita dikhuatiri kes dera

Post a Comment

Previous Post Next Post