Oleh Aisyah Shamsuddin
Pengalaman Induce, ada yang cakap, bersalin itu sakit dia sama. Ya, saya tahu sakit bersalin itu sama. Tetapi bila dah overdue, doktor akan tunggu ataupun induce.
Yang sudah induce dan selepas itu tiba-tiba kena operate, tahu tak sebab apa? Sebabnya ibu mengandung itu sudah kehilangan tenaga. Langsung tak ada kudrat kerana tenaganya telah dikerah habis-habisan ketika meneran. Bila baby dah lemas, terpaksalah doktor mengambil langkah segera iaitu operate.
Sebab itulah juga pentingnya zikir dan bacalah apa-apa doa yang patut. Yelah, memang betul bila dah sakit begitu, mana ada nak ingat apa-apa. Itulah pentingnya ada suami menemani isteri bersalin agar dia boleh mengingatkan apa yang patut.
Ya Allah, saya tidak tahu di mana letaknya iman makcik ini. Tetapi tak mengapa, saya maafkan dia sebab siapa yang melaluinya memang tahu sakitnya macam mana.
Selama 22 jam saya menahan sakit selepas induce. Saya buat macam-macam dalam wad dan bilik labour room itu, nurse langsung tak marah sebab dia faham betapa sakitnya induce ini. Nurse siap suruh aku bersabar, berzikir dan membenarkan suami saya duduk dalam labour room selama saya sakit sehinggalah saya bersalin.
Selepas itu, saya tengok nurse dan doktor berada di sekeliling saya macam pasukan bola sepak sebab saya pesakit yang terakhir. Orang lain semua dah selamat beranak. Saya berterima kasih pada doktor dan jururawat Hospital Tengku Ampuan Afzan yang ada pada ketika itu kerana mereka bersabar dan sanggup menjadi pasukan sorak untuk memberi semangat kepada saya walaupun pada waktu itu saya telah kehabisan tenaga.
Suami pun serik melihat saya meraung-raung dan menjerit-jerit sebabnya ini fenomena ubat. Serasi dan tak serasi dengan badan dan keadaan badan kita. Ibarat hujung nyawa perabis dah tu.
Sumber 22 jam menahan sakit selepas induce, hanya Allah saja yang tahu rasa sakitnya macam mana