Daud bukan macam tu

Pelakon Lana Nodin menafikan suaminya, Mohd Daud McKienzie menjadi pembuli jalan raya dan bersikap kurang ajar seperti disebarkan menerusi rakaman video berdurasi 3.26 saat.

Kejadian difahamkan berlaku pada petang Selasa itu dimuat naik di sebuah laman sesawangan Singapura stomp.com.sg sebelum tular di laman YouTube sejak Rabu lalu dengan tajuk 'Foul-mouthed driver rains expletives on Stomper after accident in JB before 2nd Link'.

"Suami saya pada awalnya cuba bersabar dan bercakap secara baik tetapi lelaki itu tetap tak nak mengaku kesalahannya malah tidak meminta maaf pun.

"Suami saya mengajak lelaki itu membuat laporan di balai polis berdekatan tempat kejadian, namun dia menolak.

"Kalau betul dia tak salah, kenapa takut nak buat laporan? Malah saya pelik kenapa pula dia nak memuat naik video," katanya ketika dihubungi Harian Metro sebentar tadi.

Lana turut menjelaskan suaminya meminta butiran peribadi pemandu itu namun lelaki terbabit enggan bekerjasama.

"Suami saya bukan jenis baran tetapi kejadian itu betul-betul membuatkannya marah. Selepas kejadian itu saya menasihati suami agar membuat laporan polis tetapi dia menolak," katanya yang memaklumkan terdapat kesan calar pada bahagian tepi sebelah pemandu.

Menerusi video itu suami Lana dilihat marah selepas kereta pelbagai guna (MPV) jenis Alphard warna hitam dilanggar kenderaan lain ketika beratur di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Video itu turut memaparkan suami Lana menunjukkan jari tengah ketika masuk ke dalam kereta sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura.



Sumber Daud bukan macam tu

Post a Comment

Previous Post Next Post