Fenomena bunyi guli bukanlah merupakan suatu perkara yang baru terutamanya di kalangan mereka yang tinggal di kediaman apartment. Di dalam masyarakat Melayu, bunyi yang sering kali dikaitkan dengan misteri gangguan jin dan makhluk halus ini sememangnya sudah wujud sejak dari dahulu lagi.
Sekiranya anda membuat pencarian di Google, pastinya sukar untuk anda tidak menemukan keputusan yang dijelaskan secara saintifik dan tidak dikaitkan dengan sebarang fenomena paranormal.
Jadi apakah penjelasan untuk fenonema ini berdasarkan hujah saintifik?
Sebenarnya fenomena bunyi guli ini terhasil daripada kejadian yang dikenali sebagai water hammer yang melibatkan pergerakan air di dalam paip.
Bunyi yang dihasikan sebenarnya berasal daripada pergerakan air yang terhenti secara tiba-tiba apabila injap air ditutup dan seterusnya meyebabkan air yang mengalir di dalam batang paip akan menghentak dinding paip tersebut.
Bunyi bergerak lebih laju di dalam pepejal berbanding udara.
Tonton video ini
Sumber: Siakapke.li
Sumber Gangguan Bunyi Guli Dari Tingkat Atas Rumah Anda? Ini Puncanya