Lelaki 70 tahun taksub tangkap dan makan tikus sejak 20 tahun lalu

Seorang lelaki berusia 70 tahun dilapor menangkap dan memakan tikus sejak 20 tahun lalu.

Lelaki 70 tahun taksub tangkap dan makan tikus sejak 20 tahun lalu

Lelaki 70 tahun taksub tangkap dan makan tikus sejak 20 tahun lalu

Video mengenai kehidupan lelaki yang hanya dikenali sebagai Yang itu tular di media sosial China baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, Yang yang berasal dari bandar Foshan ditunjuk menggali lubang di sekeliling pokok dan meletakkan jaring panjang ke dalam lubang itu.

Dia kemudian menaburkan serbuk lada pada hujung lubang sebelum menyalakan api.

 

Tidak lama kemudian seekor tikus kelihatan berlari ke luar memasuki jaring yang dipasang Yang.

Menurut pesara berkenaan, dia mula menangkap dan memakan tikus selepas jirannya mengadu mengenai masalah haiwan berkenaan yang menggigit wayar kenderaan mereka.

Yang juga mendakwa tikus mempunyai zat yang tinggi dan baik untuk kesihatan.

Menurutnya, dia akan merebus tikus itu hidup-hidup sebelum membuang bulu haiwan itu dan memanggangnya untuk dimakan.

Ada kalanya dia akan mencincang tikus yang ditangkapnya dan menggorengnya dengan bawang putih, cili serta sos khas.

Apabila ditanya mengapa dia begitu taksub memakan tikus, Yang menjawab: “Ia enak.” – Harian Metro

Via: Mynewshub



Sumber Lelaki 70 tahun taksub tangkap dan makan tikus sejak 20 tahun lalu

Post a Comment

Previous Post Next Post