“Mak koyakkan slip keputusan SPM saya kerana tak dapat 8A macam kakak dan abang”

Dari semalam saya berada dalam mode sedih dan kecewa.

Semua gara2 ini.

Sudahlah ada ramai ibu bapa anak2 kelas belakang ni tak hadir dengan alasan result si anak hanyalah memalukan dan menyakitkan hati sehingga anak2 ini call dan wasap saya supaya hadir temankan mereka ambil result dan bila mendapat slip mereka tak berani nak buka dan serahkan pada saya untuk melihatnya.

"Mak koyakkan slip keputusan SPM saya kerana tak dapat 8A macam kakak dan abang"

“Mak koyakkan slip keputusan SPM saya kerana tak dapat 8A macam kakak dan abang”

Bila saya kata

“TAHNIAH Sayang… Awak LULUS. Layak dapat sijil”

Gembiranya mereka melompat dan memeluk saya malah ada yang menangis kerana tak sangka mereka boleh lulus. Ada juga yang BI dan SAINS mendapat A tapi subjek2 lain hanya mendapat C D dan E.

Tapi… sorakan gembira mereka hilang tatkala slip SPM ini sampai ke tangan mak ayah mereka kerana slip mereka itu dikoyakkan seolah2 tidak bernilai apa2 sedangkan dengan keputusan itu si anak itu boleh diusahakan masuk mana2 kursus kemahiran mengikut minat si anak.

Pesan saya… beringatlah… Anak yang anda koyakkan slip SPMnya saat ini mungkin akan menjadi anak yang akan menjaga anda saat anda tak berdaya, mungkin juga anak itu yang akan basuh berak kencing anda sewaktu anda sudah terlalu tua dan uzur kelak.

#kita usaha jadikan anak kita yang terbaik tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan anak kita#

 

 

Sumber: Nur Farina Abdullah



Sumber “Mak koyakkan slip keputusan SPM saya kerana tak dapat 8A macam kakak dan abang”

Post a Comment

Previous Post Next Post