Ketiadaan serta ketidak sesuaian tanah di negara ini bagi tanaman tebu merupakan antara faktor mengapa kerajaan terpaksa mengimport gula dari negara luar.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, situasi tersebut menyebabkan harga gula di negara ini naik mengikut harga pasaran dunia.
“Kita masih lagi mengimport gula dan beberapa makanan lain kerana pengeluarannya tidak mencukupi untuk menampung permintaan pengguna dalam negara.
“Ia ekoran kebanyakkan tanah pertanian di negara ini lebih sesuai untuk tanaman kelapa sawit dan padi berbanding tebu yang kini hanya ditanam di Perlis,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada 1,500 penerima di Dun Sungai Manik, hari ini.
Katanya, adalah menjadi hasrat kepada MOA untuk memperbanyakkan tanaman tebu dalam negara ini bagi menampung permintaan gula oleh pengguna namun ketidak sesuaian tanah merupakan halangan utama.
“Kita nak tanam tebu tetapi tiada tanah yang sesuai, nak tanam atas tanah sawah tak boleh, nak tanam atas tanah sawit lagi tak boleh.
“Oleh itu, kita terpaksa mengimport gula dari luar jika tidak bekalan tidak mencukupi,” katanya.
Tambahnya, kenaikan harga gula bukan disebabkan kerajaan tetapi kerana kenaikan harga pasaran dunia terutama sekali dari negara sumber yang mengeskport gula untuk kegunaan negara lain.
“Mungkin permintaan gula di negara pengeluar berganda atau faktor cuaca yang menyebabkan pengeluaran gula berkurangan membawa kepada sebab mengala harga gula dunia naik,” katanya.
Sumber: Sinar
Sumber Malaysia terpaksa import gula dari negara luar, sebab tu harga terpaksa naik – Timbalan Menteri